TERKINI : Anggota Bomba Korbankan Rindu

Sejak tiga minggu lalu, kehidupan pegawai dan anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang ditempatkan di Zon Empat, Hulu Langat sudah ‘terpisah’ dengan keluarga masing-masing.

‘Pemisahan’ itu dilakukan ekoran masing-masing tidak mahu memberi risiko kepada orang tersayang kepada wabak Covid-19 dan itu sememangnya tanggungjawab yang perlu diambil oleh setiap anggota terlibat dalam Ops Sanitasi Awam.