Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerima sumbangan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 16 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menerima sumbangan wang tunai hampir RM13 juta untuk dimasukkan ke Tabung Covid-19.

Sumbangan tersebut diterima Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Antara yang memberikan sumbangan itu iaitu, Yayasan Waqaf Malaysia, Etiqa Family Takaful Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Coway Malaysia, Co-Op Bank Pertama, ProCast dan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM).

Manakala lapan lagi penyumbang iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Star Medik Sdn. Bhd. Mr. DIY, Yayasan Keusahawanan Sosial, Me Reka Innovative Education, Coast Guard Sdn. Bhd dan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia masing-masing memberikan sumbangan berbentuk penutup hidung, penutup muka, kit ujian Covid-19 dan penginapan hotel percuma untuk kakitangan KKM yang merupakan petugas barisan hadapan.

Hadir sama menyaksikan majlis penyerahan sumbangan itu Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast