Foto hiasan

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura semalam melaporkan tambahan 728 kes jangkitan COVID-19, dengan majoriti dari kluster asrama pekerja asing.

Dengan kes baharu itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 4,427 kes.

“Jumlah kes baharu dalam kalangan pemegang Permit Kerja yang menetap di asrama telah meningkat dengan ketara, dan ia adalah selaras dengan usaha berterusan kami untuk lebih aktif menguji dan mengasingkan pekerja yang dijangkiti,” menurut MOH dalam kenyataan di sini.

Kes itu melibatkan Pemegang Permit Kerja yang tinggal di asrama seramai 654 manakala 26 lagi yang mempunyai Permit Kerja menetap di luar asrama.

Menurut MOH bilangan kes baharu dalam kalangan pemegang Permit Kerja yang tinggal di luar asrama telah meningkat, purata sembilan kes sehari pada minggu sebelumnya, kepada purata 15 kes dalam seminggu yang lalu.

— BERNAMA