TERKINI : KKM Terima Hampir RM13 Juta Untuk Tabung Covid 19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menerima sumbangan wang tunai hampir RM13 juta untuk dimasukkan ke Tabung Covid-19 kementerian itu. Sumbangan tersebut diterima Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Antara yang memberikan sumbangan itu iaitu, Yayasan Waqaf Malaysia, Etiqa Family Takaful Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Coway Malaysia, Co-Op Bank Pertama, ProCast dan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM).