TERKINI : MAIWP Lulus Peruntukan Khas Zakat RM34 Juta – Zulkifli Mohamad

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan peruntukan khas zakat melebih RM34 juta bagi membantu golongan asnaf dan pihak-pihak yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, peruntukan khas itu digunakan bagi kegunaan meringankan beban ketika kerajaan berusaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Bagi tujuan tersebut, MAIWP berkolaborasi rapat dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menyalurkan sumbangan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

“Alhamdulillah kami nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak MAIWP telah memainkan peranan seperti ini melebihi RM30 juta telah disumbangkan dan ia meningkat dari semasa ke semasa.