TERKINI : Noor Hisham Beri Kata-Kata Semangat kepada Barisan Hadapan, “Perjuangan Belum Selesai”

Masyarakat diharap tidak menyalahertikan jumlah penurunan kes baharu Covid-19 sejak beberapa hari ini dengan mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun perkembangan terbaharu ini dilihat positif, namun perjuangan seluruh rakyat untuk memerangi virus maut itu masih belum selesai.

“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) juga khuatir sekiranya penurunan jumlah kes beberapa hari ini disalaherti serta membuat masyarakat alpa lalu mengambil mudah PKP kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai.

“Perjuangan kita belum selesai,” katanya pada sidang media harian mengenai penularan Covid-19 hari ini.