KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang membangkitkan persoalan mengapa polis meluluskan perhimpunan tabligh pada 13 Februari lalu sebagai seorang individu yang mudah lupa.
Sedangkan, katanya, bekas Menteri Kesihatan itu yang memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk menunda aktiviti yang melibatkan orang ramai seperti majlis keramaian atau penutupan sekolah seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kenyataan itu dibuat oleh Dr Dzulkefly sehari sebelum kelulusan kebenaran perhimpunan tersebut dikeluarkan.
Komen tersebut dibuat selepas ditanya mengenai saranan WHO supaya Malaysia membuat persediaan bagi kemungkinan penyebaran lebih meluas Covid-19 yang telah menjangkiti lebih puluhan ribu orang dan meragut nyawa lebih 1,000 orang di China.
Dalam maklum balas terhadap kenyataan WHO itu, Dr Dzulkefly berkata, kenyataan WHO bahawa jangkitan Covid-19 akan berleluasa perlu dilihat dalam konteks sewajarnya kerana Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu.
Malah, Dr Dzulkefly berkata, jika Malaysia sampai ke tahap yang disebutkan oleh WHO, kerajaan sentiasa bersedia menangani penularan wabak itu.
Najib berkata, Pakatan Harapan (PH) yang melawan dan memandang rendah amaran WHO.
”Melayu (PAN) mudah lupa,” katanya.
Isu ini tercetus apabila Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal membendung kluster himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Dr Adham berkata, sekiranya kerajaan PH ketika itu berjaya membendung penularan Covid-19, Malaysia hanya akan berdepan kluster jangkitan yang kecil.
Rentetan dari itu beberapa pemimpin pembangkang termasuk Dr Dzulkefly meminta Dr Adham bertanya kepada Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan (PH), iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Untuk rekod, Muhyiddin adalah Menteri Dalam Negeri semasa pentadbiran PH.
Kata Dr Dzulkefly: ”Umum mengetahui pihak yang bertanggungjawab beri (kelulusan) himpunan besar sama ada Thaipusam, himpunan agama Hindu di Pulau Pinang, termasuk himpunan tabligh adalah menteri dalam negeri, iaitu Perdana Menteri ke-8 pada masa ini”. – MalaysiaGazette
Tapi engan mendapat nasihat Kementerian Kesihatan. Jadi lihat diri sendiri di cermin betapa bodohnya bekas menteri kesihatan ni dan kerajaan nya yang hanya dicucuk hidung DAP.
Bidalan orang tua…. Menepuk air di dulang, akhir terpecik dimuka sendiri…
Jaranglah dengar cerita yg cerdik psl ph ni.
Org tengah meroyan mcm tu lah ..
Biasa lah komen puak2 hampeh ni.. Semua nk di salahkan orang lain.. Padahal masa mula tu.. Puak hampeh ni la yg benarkan orang china masuk malaysia konon nye sumber pelancongan negara.. Skrg nak salahkn kerajaan baru… Betul orang kata YB PAN ni bangang xdak hari.. Di tambah presiden PAN si merapu
Yg lulus kan permit tu polis.
Polis dibawah kementerian dalam negeri.
Kdn menteri waktu muhyidin.
Muhyidin kini PM KTA.
Sementara Thailand pun tidak tutup pintu masuk nya sehingga hujung bulan march 2020
Adakah Thailand lebih teruk dari Malaysia.
Tutup-tutup lah kebodohan ko sikit muluk oiii 🙂
Memang patutlah kerajaan PH tu tumbang..menterinya semua jenis yg bodoh..ada sedikit yg pintar tapi terikut menjadi bodoh…sbb tu atok medey letak jawatan..sebab dia dah sedar semua menteri yg di lantik semuanya bodoh dan bebal..jadi kerana takut di malukan oleh rakyat jadi jln keluar ialah letak jawatan secara muslihat..tu lah atok medey minta muhyidin bergabung dgn umno dan pas..sbb atok medey tahu hanya menteri2 dari BN je yg boleh urus tadbir negara..sbb bnyk pengelaman dlm pentadbiran negara..kalau harapkan menteri dari PKR,DAP dan PAN..Jawabnya hancur lah negara kita Malaysia.
Arip mulok…Spin la lagi..tunjuk x cerdik tu…
Salah satu penyebab utama PH tu tumbang adalah kerana amalan episod/tabiat” BANGAU OH BANGAU….. ”
Sentiasa betul dn sempurna saja pd diri dia sedangkn salah dn cacat sja terhadap org lain….
Kenapa la rakyat malaysia ni suka sangat bergaduh menegakkan benang basah sehinga menuduh salah kerajaan lama dan baru. Ade pula dulu masa dia berkuasa bila tanya soalan 1mdb pun penakut sehingga parliman pun tak boleh didebatkan. Jgn nak bermain politik dikala rakyat dilanda waba covid19. Sedangkan malaysia telah melakukan yg terbaik dlm menandatangani waba ini dgn pengorbanan seluruh rakyat malaysia dan anggota medik sehingga dipuji oleh wartawan china dan jepun dgn kadar penyembuhan 59.32% dlm kumpulan yg tertinggi didunia.
bila perkara sudah berlaku semua tunjuk cerdik lah. padahal inilah manusia paling bodoh. tahu menuding jari cari kesalahan orang lain. cukup2 lah nak tunjuk cerdik pada rakyat yang tak semua boleh ditipu. kalau dulu menjadi kesalahan ph ungkit kesalahan umno. tumpu pada tadbir negara sahaja lah. tapi sekarang kenapa tak tumpu pada covid. yang nampak kesalahan ph saja. ditengah orang bekerja kamu rampas kuasa.
“Dr” Dzulkefly ini sebenarnya bukan doktor perubatan tapi kerana dia buat PhD dalam Toxicology. maka dia dipanggil “Doktor”. Kalau jadi ketua makmal memang sesuailah seperti IMR tapi dia bukan trained doctor. MO iaitu Medical Officer di Klinik Kesihatan Kerajaan lebih layak untuk bercakap pasal perubatan daripada dia !