Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba membuat pengakuan secara terbuka yang dirinya tersilap menyebut  ‘500 negara’ dalam rakaman videonya bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Malah beliau hari ini mengakui tersalah sebut 500 negara yang sepatutnya mahu disebut 500 wakil negara.

Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang netizen, Muhammad.Putraaa yang menyoal Dr Adham di laman sosial Facebook sambil meminta mengesahkan jumlah negara dalam dunia sambil dalam nada menyindir yang Google juga mungkin tersilap.

“Datuk, tolong jawab. Saya hendak tanya mengenai negara didunia ini ada berapa? Sebab rasanya Google bagi jawapan salah,” tulisnya.

Bagaimanapun, Dr Adham mengakui kesilapan dirinya ketika menjawab soalan berkenaan.

“Muhammad.Putraaa, Google tidak salah. Ya, saya yang tersalah sebut 500 negara yang sepatutnya 500 wakil negara. Jika saya salah, saudara kena bantu perbetulkan itupun jika saudara mahu melihat pentadbiran kerajaan menjadikan negara ini lebih baik,” tulisnya.

Kemudiannya kenyataan Dr Adham mendapat pujian ramai pihak termasuk Ahmad Zahid sendiri yang menganggap Ahli Parlimen Tenggara itu berjiwa besar kerana berani mengakui kesalahannya sendiri.

“Berjiwa besar. Bersedia buat pencerahan,” tulisnya dalam Twitternya hari ini.

Semalam ketika Dr Adham mengadakan telesiang video bersama Ahmad Zahid, secara tiba-tiba mengatakan bahawa beliau telah mengadakan telesidang video Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan ‘500 negara’.

Menerusi telesidang video tersebut, Dr Adham dan Ahmad Zahid sedang membincangkan mengenai penularan Covid-19, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook zahidhamidi.fanpage.

Petikan perbualan dalam video berkenaan kemudian menjadi tular apabila ramai netizen terutama para penyokong Pakatan Harapan menjadikan kenyataan Dr Adham itu sebagai bahan jenaka.

Huan Cheng Guan

Dalam pada itu, Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan juga mempertahankan tindakan Dr Adham sambil menyatakan menteri itu mengaku tersalah cakap.

“Menteri sudah cakap tersasul, ianya 500 wakil negara lain. Bukan negara tapi wakil negara. Jangan lupa, apa-apapun apabila mula dilantik Dr Adham terus membuat pengumuman besar berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Beliau umum rakyat dari Itali, Korea dan juga beberapa negara lain tidak dibenarkan masuk ke negara ini, jika tidak sudah tentu pandemik Covid-19 sudah menjadi lebih parah.

“Suka atau tidak, Dr Adham sedang cuba yang terbaik,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. If you allows idiots to lead, you definitely prepared for the worse to come.
    Everybody knows he is making all kinds laughing statement and yet do nothing and continue to laugh about it. Makes no sense.

  2. Please list down those 500 representative and the time you had those conference call. It is not possible to talk to a few rep at any one time. So it will take days and days to talk to 500 person. This is BS by Dr.Adhan!

  3. Syabas dn Tahniah Dr Adham kerana anda berani dn ikhlas utk tampil mgaku kesilapan dn memohon maaf…
    Mereka yg keletah sgt utk mengejek dn mghina tu semua dr kalangan malaikat…
    Lbh hina dn jijik , jika dah buat silap/salah tapi berselindung dn bertopengkn pembohongan dn penidakan….

Comments are closed.