KUALA LUMPUR – Lebih separuh pesakit yang positif Covid-19 daripada 5,305 kes di negara ini berjaya dirawat dan dipulihkan.
Mereka sudah pun dibenarkan keluar dari hospital, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, kadar pemulihan kes jangkitan koronavirus baru itu adalah 58.5 peratus dan ia merupakan kadar pemulihan tertinggi di seluruh dunia.
Manakala kadar kematian sebanyak 1.7 peratus. – MalaysiaGazette