Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes positif hari ini adalah sebanyak 84 kes.
“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,389 kes.
Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,103 kes. “Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Sehingga kini, seramai 46 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian di KKM, hari ini.