KUALA LUMPUR – Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir meninggal dunia hari ini akibat kanser.
Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usianya 66 tahun di Hospital Assunta Petaling Jaya.
Farit merupakan penyampai berita RTM yang cukup terkenal sejak 1980-an lagi.
Sinonim dengan panggilan Pak Ngah, Allahyarham juga antara penyampai berita paling lama di RTM dan menyumbang suara emasnya sejak 30 tahun lalu.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam PJS 4, Petaling Jaya.
Pengkebumian hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. -MalaysiaGazette
Innalillah hi wainna lilla hirajiun. Al-Fatihah untuk roh beliau.