denggi
File picture

KUANTAN – Sebanyak 265 kes demam denggi direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) antara Januari hingga 1 Mac ini.

Menurut kenyataan JKNP, daerah Kuantan mencatatkan kes tertinggi dengan 113 kes diikuti Temerloh (45), Rompin (44), Raub (23), Pekan (12), Jerantut (9), Maran (7), Bentong (5), Lipis (4) dan Bera (3).

Katanya sebanyak 28 kes demam denggi dilaporkan antara 23 Februari hingga 1 Mac lalu dengan daerah Kuantan mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 12 kes.

Sumber Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Menurutnya, dua kawasan di daerah Kuantan iaitu Taman PAKR Kampung Padang 3 (Fasa 1) dan Taman Cenderawasih dikategorikan sebagai kawasan wabak denggi dengan kes terkumpul masing-masing sebanyak 24 dan 4 kes.

Selain itu, terdapat satu kawasan di daerah Pekan diisytihar kawasan wabak iaitu di Cenderawasih Sungai Miang (Rumah Panjang) dengan 3 kes terkumpul dicatatkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast