Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik mengambil alih jawatan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) manakala Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi.

Pelantikan itu berkuatkuasa 14 April 2020.

Tiada sebarang perubahan bagi dua Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPB sedia ada, iaitu Tan Sri Dr. Zeti Aziz dan Tan Sri Ambrin Buang.

Zeti ialah Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang merupakan syarikat pelaburan YPB dan Ambrin ialah mantan Ketua Audit Negara Malaysia dan juga merupakan wakil dari sektor swasta.

Lembaga Pemegang Amanah YPB dan Lembaga Pengarah PNB mengalu-alukan pelantikan baharu barisan Lembaga Pemegang Amanah YPB dan akan bekerjasama rapat dengan kepimpinan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast