KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) mengecam keputusan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membenarkan Infineon Melaka untuk beroperasi penuh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Sharan Raj berkata, pada 19 April lalu, Melaka melaporkan 44% daripada kesemua kes baru di Malaysia.

Ketika ini, Melaka berada di tangga pertama dalam kes baru dan berisiko tinggi dalam penularan wabak Covid-19.

”Hampir 1% rakyat Melaka bekerja dalam bangunan industri Infineon Melaka yang sangat padat.

”Pemberian kelulusan beroperasi ketika PKP oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada Infineon berupaya mewujudkan kluster baharu Covid-19, sekali gus menggagalkan usaha kawalan pergerakan oleh 32 juta penduduk Malaysia untuk lebih sebulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, Azmin harus mengutamakan nyawa manusia yang ternilai berbanding operasi syarikat gergasi.

Lantaran itu, beliau meminta Azmin mempertimbangkan semula supaya kelulusan operasi kepada syarikat gergasi Infineon dibatalkan serta merta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast