Telekom Malaysia Bhd (TM) muncul kaunter ketiga paling rugi di Bursa Malaysia pagi ini berikutan laporan media bahawa harga perkhidmatan jalur lebar Malaysia dijangka susut sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian kabel dasar laut Asia-America Gateway (AAG) yang menghubungkan Malaysia dan negara-negara Asia lain ke Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong telah selesai dijalankan.

Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut telah bermula pada 17 April lalu.

Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, ia akan terus memantau prestasi rangkaiannya bersama-sama rakan konsortium di negara-negara lain.

Menurutnya, impak terhadap para pelanggan semasa kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dilakukan adalah minimum berikutan langkah proaktif mengalihkan trafik ke laluan-laluan alternatif.

TMmemaklumkan bahawa sambungan data ke lokasi dan pelayan yang dihoskan di Hong Kong dan Amerika Syarikat kini telah pulih sepenuhnya untuk dinikmati oleh semua. – MalaysiaGazette