Impak besar dalam 11 perlawanan yang dibawa Solskjaer akhirnya memastikan tugas tetap Old Trafford menjadi miliknya kali ini.

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer gembira kerana kelab itu tidak melakukan kesilapan membeli Harry Kane berjumlah £200 juta.

Beliau berasa lega dengan tindakan kelab itu membatalkan hasrat untuk membeli pemain Tottenham Hotspurs tersebut pada harga yang tinggi.

Solskjaer dikatakan tidak menyesal dengan kegagalan itu kerana yakin Marcus Rashford setaraf dengan Kane.

Rashford empat tahun lebih muda daripada Kane menjaringkan 19 gol pada musim ini. – MalaysiaGazette