Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah meraikan ulang tahun kelahirannya pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 21 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Di sebalik sambutan mengejutkan hari lahir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dibuat wakil media, beliau menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, semua pihak perlu fokus dan tumpukan perhatian bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengucap selamat hari lahir kepada saya. Apa yang penting ialah kita masih dalam perjuangan untuk memutuskan penularan wabak Covid-19,” katanya pada sidang media di KKM hari ini.

Beliau berkata demikian setelah rakan media merakamkan ucapan hari lahir ke 57 buat beliau sebelum kembali menjawab persoalan para wartawan berkenaan perkembangan semasa wabak tersebut.

Pada sidang media itu juga, para pengamal media yang hadir turut melabelkan Noor Hisham sebagai manusia paling popular di Malaysia ketika ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kekal duduk rumah, hadiah hari lahir paling istimewa buat KP Kesihatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Selamat Ulangtahun kelahiran Datuk Dr Noor Hisham..semoga di panjangkan usia..sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga..Kami bangga dengan sikap profesional dan cekap Datuk menghadapi pendemik Covid 19 yg bahaya dengan tabah dan cekal ..semoga Datuk di lindungi dri marabahaya dan di permudahkan segala tugas dan urusan memikul tanggungjawab utk negara tercinta…Aamiin

  2. Selamat hari lahir Dato’ Dr DG. Mudah2an dirahmati dan diberkati serta dilindungi ALLAH SWT.

Comments are closed.