Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican Azmi Merican.

KUALA LUMPUR- Sime Darby Property mengumumkan pelantikan Datuk Azmir Merican Azmi Merican sebagai Pengarah Urusan Kumpulan yang baharu.

Azmir sebelum ini adalah Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Bhd.

Sime Darby Property dalam kenyataannya berkata, dengan pelantikan Azmir, Datuk Wan Hashimi Albakri akan meneruskan semula tugasnya sebagai Ketua Pegawai Operasi, Pembangunan Pembandaran selepas 11 bulan memangku jawatan berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz gembira dan mengalu-alukan barisan kepimpinan baharu syarikat tersebut.- MalaysiaGazette