Wuhan Institute of Virology didakwa oleh Amerika Syarikat telah melepaskan virus koronavirus yang menyebabkan pandemik covid-19 di seluruh dunia. foto Agensi

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan semua bukti yang ada menunjukkan novel koronavirus (Covid-19) berpunca dari kelawar di China dan bukannya dimanipulasi atau dibentuk di makmal.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan dakwaan Presiden Donald Trump minggu lalu bahawa negara itu sedang berusaha untuk menentukan apakah virus tersebut berpunca dari makmal di Wuhan di China tengah.

“Semua bukti yang ada menunjukkan bahawa virus itu berasal dari haiwan dan ia tidak dimanipulasi atau dibina di makmal atau di tempat lain.

“Ada kemungkinan, kemungkinan virus itu berasal dari haiwan,” kata jurucakap WHO, Fadela Chaib kepada taklimat berita Geneva.

Menurut beliau, setakat ini tidak jelas bagaimana virus tersebut boleh dijangkiti kepada manusia tetapi ada kemungkinan besar memiliki takungan ekologi dalam kelawar.

Namun, bagaimana virus itu dijangkiti daripada kelelawar kepada manusia masih belum diketahui.

Chaib bagaimanapun tidak memberi maklum balas supaya menjelaskan sama ada wujud kemungkinan virus berkenaan telah secara tidak sengaja ‘keluar’ dari makmal.

Wuhan Institute of Virology sebelum ini telah menafikan dakwaan kononnya ia terlibat melakukan sintesis virus atau membiarkan virus berkenaan ‘keluar’ dari makmal.

Chaib, yang ditanya mengenai keputusan Trump minggu lalu untuk menangguhkan pembiayaan kepada WHO berkata: “Kami masih menilai situasi mengenai pengumuman oleh Presiden Trump … dan kami akan menilai situasi dan kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi yang lain untuk mengisi jurang. ”

“Sangat penting untuk meneruskan apa yang kita lakukan bukan hanya untuk Covid tetapi untuk banyak, banyak, banyak, banyak program kesihatan lain,” tambahnya, merujuk pada tindakan melawan penyakit polio, HIV dan malaria;

WHO, ujarnya, sebanyak 81% danannya dibiayai untuk dua tahun ke depan pada akhir bulan Mac, merujuk kepada anggaran bajet dwitahunan sebanyak AS$4.8 bilion.

Amerika Syarikat adalah penderma terbesar agensi yang berpusat di Geneva itu manakala penyumbang besar lain adalah Yayasan Gates dan Britain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast