KUALA LUMPUR – Malaysia tetap komited untuk melindungi hak dan kepentingan negara ini di Laut China Selatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata, pendirian Malaysia adalah untuk memastikan sebarang pertikaian diselesaikan secara aman menerusi jalan diplomasi dan saling mempercayai oleh semua pihak terlibat.

Katanya, Malaysia sentiasa terbuka dan tetap meneruskan komunikasi dengan semua pihak yang terlibat termasuk China dan Amerika Syarikat.

“Sebagai seorang bekas Menteri Pertahanan saya sangat maklum dan sedar mengenai situasi ini.

“Kita mesti mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini di Laut China Selatan.

“Walaupun undang-undang antarabangsa menjamin kebebasan navigasi namun kehadiran kapal perang dan kapal-kapal lain di Laut China Selatan mempunyai potensi untuk meningkatkan ketegangan yang menyebabkan silap percaturan dan mungkin menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disebabkan isu tersebut sangat kompleks dan sensitif, Hishamuddin mahu semua pihak terlibat bekerja bersama-sama dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan Laut China Selatan terjamin.

Usaha untuk membangun, memelihara dan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelu ditingkatkan, katanya.

“Jangan sangka apabila kami tidak mengeluarkan kenyataan umum, kami hanya berpeluk tubuh sahaja. Rundingan dan komunikasi berterusan dengan pihak terbabit sentiasa berjalan,” katanya.

Pada 17 April 2020 apabila kapal Hidrografi milik China iaitu Haiyang Dizhi 8 dilaporkan mula mengganggu aktiviti penggalian minyak dan gas oleh kapal Eksplorasi dan Penggalian West Capella yang disewa Petronas.

Ia turut dirapati oleh sekitar sepuluh kapal peronda Pengawal Pantai China (CCG) 5901.

Pada 20 April pula, portal Malaysia Defence Review melaporkan bahawa Kapal Penyerang Amfibia (LHA) milik Tentera Laut Amerika Syarikat (USN), USS America berada dalam kedudukan 100 batu nautika dengan kelajuan penuh dari Kapal Ekplorasi dan Pengalian milik Petronas, West Capella.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Pasal apa selalunya sunyi sepi saja? Dari kerajaan BN sampai PN rakyat jarang2 di beri gambaran dan berita yang terperinci berkenaan kejadian2 berselisih diantara Malaysia dengan China. Perkara ini bukan baru dari kejadian askar China menegakkan bendera China diatas terumbu kita sampai ke kejadian terbaru ini.
    Bukankah kami sebagai rakyat juga patut tahu kesudahannya.
    Dalam kejadian terbaru ini melibatkan KM Pekan yang cuma mempunyai GPMG dan sebuah helicopter(tiada lain2 senjata) bertegang urat dengan 2 kapal bersenjata China(itu pun kita tak mahu mengaku) yang mengiringi kapal Hai Yang Di Zhi 8 dekat West Capella (itu pun tidak dinamakan)banyak surat khabar Malaysia cuma melaporkan bahawa ada kapal China menceroboh perairan kita. Pasal apa tak bagi kami rakyat tahu? Nak tunggu sampai satu masa kapal kita ditenggelami macam kapal Vietnam tu baru nak buat heboh?
    Adakah kita takut?atau berlembut leher dengan China? atau terhutang budi pada China? ataupun adakah kita buat perjanjian? Semua itu patut rakyat tahu.

  2. Aduhai sedapnya cara beri kenyataan…. “BUKAN BERMAKNA KAMI BERPELUK TUBUH”…… jauh sangat cara diplomasi dia nie. Semacam jerrr….

Comments are closed.