TERKINI : Separuh 6 Kriteria Berjaya Dilaksanakan – Noor Hisham

Separuh daripada enam kriteria yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dipenuhi oleh negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara kriteria yang telah dipenuhi adalah jangkitan Covid-19 yang terkawal.

“Kita kurangkan kebolehjangkitan dan memasukkan pesakit positif (bergejala ringan atau tidak bergejala) ke hospital untuk dirawat,” katanya pada sidang media Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast