Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan kewajaran di sebalik tindakan mahkamah majistret yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang pelajar kerana bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Shah Alam.

Bekas Menteri Undang-undang itu mendakwa adalah tidak adil untuk menghukum seorang pelajar muda hanya kerana tindakannya membuat kek dan menghantarnya kepada teman lelakinya.

“Bagaimana seorang Majistret menghantar pelajar muda ke penjara untuk melanggar PKP.?

“Kehidupan dia (pelajar perempuan) itu menjadi gelap hanya kerana perbuatannya memasak kek dan dihantar untuk dimakan rakan lelakinya.

“Apakah ini erti sebenar Ramadan mengajar kita semua?,” katanya melalui akaun Twitter.

Beliau memetik laporan yangh menyatakan pelajar tersebut ditahan dalam sekatan jalan raya PKP dan dipenjara 7 hari dan didenda RM800 oleh mahkamah majistret semalam.

Majistret Ellyna Othman memerintahkan pelajat institusi pengajian tinggi swasta berusia 22 tahun itu menjalani hukuman bermula tarikh ditahan iaitu 18 April lalu.

Ellyna turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Terdahulu tertuduh mengaku bersalah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan jangkitan pada jam 9 malam.

Polis telah menemui gadis itu bersama rakan lelakinya dalam sebuah kereta di tepi jalan dengan enjin kereta dihidupkan dan alasan yang diberikan gadis itu bahawa dia ingin memberikan rakan lelakinya memakan kek batik yang dibuat sendiri dan ketika itu teman lelaki sedang memakan kek tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Lebih ber juta pelajar Ada teman lelaki/perempuan. Bayangkan kalau semua boleh buat perkara serupa masa PKP ni.

  2. Well Dato’ .. what’s so important making cake then give to a lover rather than Corvid 19.. whoever must be taught how to follow the rules.. niether young or old…dato or org kampung..
    Why there’s like this kind of people in Malaysia can’t follow..???

  3. Kalau setakat hantar kek mcm pandu laju McD atau Food Panda tu tak de masalah rasanya..tapi yg ni duk dlm kereta berdua, parking dlm keadaan enjin kereta di pasang, dan dalam jarak beberapa ratus meter dari rumah, pada waktu malam…lain macam jer hantar kek ni…Zahid tak payah nak belit cerita laaaa

  4. Serba salah nak kata. Bila kata bodoh nanti kena kecam dengan Dato D4P sekor nih. Tiada alasan berasas jika hantar kek, terapi situasi mereka tertangkap didalam keadaan pelanggaran perintah PKP dan kewajaran pada hukum syarak. Lihat dan kajilah dulu Datok sebelum upkan benda ni menjadi isu. Salah tetap salah dilakukan. Jalan keslah, nak apa lagi.

Comments are closed.