Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung tindakan wajar terhadap anak-anak kapal yang pulang dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tumpuan diberikan kepada anak-anak kapal yang singgah bermalam di sesuatu destinasi luar negara ketika mengikuti penerbangan untuk dilihat sama ada mereka mempunyai gejala Covid-19 atau atau tidak.

Katanya, pemeriksaan juga turut dilakukan terrhadap anak-anak kapal yang menaiki penerbangan sekali dengan penumpang yang dijangkiti wabak itu.

“Contohnya kalau ada penumpang yang positif kita akan menjejaki mereka iaitu penumpang dan juga memaklumkan kepada anak kapal tersebut.

“Jadi itulah perbincangan kita untuk kita perketatkan saringan kita kena atasi anak-anak kapal tersebut,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya hari ini.

Noor Hisham menjawab pertanyaan wartawan yang mahu mengetahui perkembangan terkini berhubung status KKM yang dikatakan akan mengadakan perbincangan dengan MOT tentang perkara tersebut.

Artikel berkaitan: NUFAM kesal syarikat penerbangan abai keselamatan kru kabin

Rabu lalu, Noor Hisham dalam sidang media hariannya berkata pihaknya akan berbincang dengan MOT berhubung langkah terbaik yang perlu dilakukan terhadap anak-anak kapal yang pulang dari luar negara.

Menurut beliau, langkah itu perlu dilakukan sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sebelum ini terdapat aduan bahawa anak-anak kapal yang pulang dari luar negara tidak diasingkan sebaliknya, hanya diberi cuti rehat sahaja.

Tidak seperti warganegara Malaysia yang lain, mereka akan dikuarantin selama 14 hari sejurus pulang dari luar negara. – MalaysiaGazette

KKM, MOT bincang isu anak kapal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast