Seorang wanita disoal anggota penguatkuasa dalam operasi yang dijalankan secara bersepadu dengan pihak MBSA di Jalan Kebun dan Bukit Naga. Foto: MBSA

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi Facebook rasminya, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan, kesemua mereka ditahan dalam operasi yang dijalankan di kawasan Bukit Naga dan Jalan Kebun.

Pemeriksaan turut mendapati kesemua mereka tidak mempunyai permit kerja dan lima kompaun dikeluarkan.

“MBSA juga menjalankan pemeriksaan ke atas sembilan premis dan tindakan kompaun terhadap dua premis manakala dua lagi diarah tutup serta merta di Jalan Kebun,” demikian menurut hantaran di laman sosial itu.

Dalam pada itu, MBSA turut menasihatkan warga Shah Alam untuk terus kekal berada di rumah serta patuh dengan PKP yang ditetapkan kerajaan. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.