JERMAN – Gergasi Bundesliga, Bayern Munich mengambil inisiatif menjual topeng muka rasmi kelab menerusi tempahan atas talian untuk topeng muka yang dibuka semalam.

Seperti dijangka, sambutan yang diterima amat luar biasa daripada peminat dan ianya laris seperti pisang goreng panas.

Ini bermakna Bayern menjana sekitar €695,000.00 (RM3 juta) dalam masa 24 jam.

Penjualan itu merupakan projek dua pemain Joshua Kimmich dan Leon Goretzka yang dikenali WeKickCorona di mana hasil jualan akan disalurkan terus kepada projek kebajikan tersebut.

Selain topeng muka, Bayern turut menjual mafla khas ulangtahun 120 tahun yang sepatutnya dikeluarkan dalam aksi kedua Liga Juara-juara Eropah berdepan Chelsea sebelum ini. – MalaysiaGazette