Fokus Klopp beralih ke arah Mbappe sebagai pengganti sadio Mane di Anfield

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghubungi bapa bintang muda Paris Saint Germain Kylian Mbappe untuk membincangkan mengenai minat pemain itu untuk berhijrah ke Anfield pada akhir musim ini.

Pemenang Piala Dunia itu merupakan salah seorang pemain berbakat di Eropah.

Setakat ini Mbappe berjaya menjaringkan 18 gol untuk PSG dalam Ligue 1 Perancis dan menjaringkan lima kali dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Mbappe kini dikatakan sedang mengintai opsyen baharu untuk menguji dirinya dalam liga lain yang lebih berkompetitif.

Dia pernah dikaitkan dengan penyertaan bersama Real Madrid dan dikhabarkan berminat untuk menyertai the Kops dalam Liga Perdana Inggeris.

Mbappe dipertimbangkan sebagai pengganti Sadio Mane yang kini berada dalam radar Zinedine Zidane.

Liverpool dilaporkan mempunyai bajet untuk membeli pemain baharu dan yuran pemain dipercayai merudum berikutan penularan kesan wabak Covid-19.

Klopp juga dikatakan mahu mendapatkan idea Mbappe sama ada dia sudah bersedia untuk meninggalkan PSG sebelum memulakan perbincangan bersama bapa pemain itu.

Dalam pada itu, PSG dilaporkan risau akan kehilangan pemain itu khususnya selepas khabar angin tersebar Mbappe akan meninggalkan Ligue 1 selepas dianugerahkan pemain muda dan liga terbaik tahun ini.- MalaysiaGazette