KUALA LUMPUR – Penjualan asing ekuiti tempatan di Bursa Malaysia melonjak kepada RM1.13 bilion minggu lalu berbanding RM638.6 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research dalam laporan mingguannya berkata, jumlah itu adalah tertinggi dalam tempoh lima minggu.

Berbanding dengan enam negara lain dari Asia yang lain, Malaysia kekal sebagai negara dengan aliran keluar asing terkecil ketiga setakat ini.

Firma penyelidikan itu berkata, aliran keluar asing dari Malaysia setakat ini sudah mencecah RM10.21 bilion.

Bursa Makaysia memulakan dagangan minggu lalu dengan suasana suran kerana pelabur asing mengeluarkan RM215.4 juta bersih daripada ekuiti tempatan walaupun China mengurangkan kadar pinjaman untuk kali kedua tahun ini dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.

Katanya, penjualan bersih asing meningkat pada hari Selasa sebanyak RM287.9 ​​juta – tahap yang tidak terlihat lebih dari sebulan ekoran kejatuhan semalaman harga minyak Amerika Syarikat (AS).

Situasi itu seiring dengan pasaran di Korea Selatan, Taiwan, India dan Thailand.

Bagaimanapun, aliran keluar asing perlahan pada hari Rabu kepada RM186.6 juta kerana minat terhadap stok pengeluar sarung tangan getah membantu mengatasi keseluruhan aktiviti penjualan dalam kalangan pelabur luar.

Pada masa sama, indeks-indeks penjagaan kesihatan menambah 31.8 mata pada hari yang sama.

Namun, momentum penjualan bersih asing sedikit berubah pada RM198.0 juta pada hari Khamis ekoran jangkaan para pembuat undang-undang AS semakin hampir untuk mengundi bagi bantuan sebanyak AS$ 484 bilion untuk perniagaan kecil dan hospital, membantu mengekang aliran keluar bersih asing.

“Aliran keluar asing kemudian melonjak menjadi RM240.6 juta pada hari Jumaat di tengah-tengah laporan bahawa potensi ubat antivirus Gilead Sciences Inc. untuk Covid-19 telah gagal dalam percubaan klinikal rawak pertama,” kata MIDF Research.

Dari segi penyertaan, pelabur asing menyaksikan kenaikan mingguan 8.0% dalam nilai purata perdagangan harian (ADTV), yang paling kecil di antara kumpulan pelabur lain.

Walaupun begitu, ADTV pelabur asing masih kekal baik melebihi paras RM1 bilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast