KUALA LUMPUR – Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang berada di semenanjung boleh mula balik ke kampung masing-masing di Sabah dan Sarawak pada 1 Mei ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penghantaran pulang pelajar-pelajar terbabit akan menggunakan perkhidmatan penerbangan berjadual.
“Penghantaran pulang pelajar ke Sarawak dan Sabah akan bermula 1 Mei 2020. Bagi pelajar yang berada di Terengganu dan Kelantan akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
“Bagi pelajar yang berada di zon tengah termasuk Pahang akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
“Bagi zon utara, mereka akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,
“Bagi zon selatan pula, pelajar akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor,” katanya dalam sidang media hari ini.
Kesemua pelajar tersebut akan diterbangkan ke lapangan terbang terdekat dengan kampung halaman masing-masing.-MalaysiaGazette