TERKINI : 40 Kes Baharu, 1 Kes Kematian Covid19 Hari Ini – Dr Noor Hisham

Sebanyak satu lagi kes kematian berkaitan wabak Covid-19 dicatatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat jam 12 tengahari hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian berkaitan Covid-19 di Malaysia sebanyak 99 kes.