TERKINI : Jumlah Kematian Covid-19 di Malaysia Cecah 100 Kes Hari Ini – Dr. Noor Hisham

Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 100 hari ini dengan pertambahan satu kes, manakala sebanyak 31 kes positif baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengahari hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes positif virus pandemik setakat ini adalah sebanyak 5,851 kes.