PUTRAJAYA – Terdapat enam kes positif Covid-19 yang dilaporkan masih aktif termasuk di kluster Pesantren, kata
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, kluster-kluster tersebut iaitu Kluster Madrasah Sungai Salan yang merekodkan empat kes baharu dan Kluster Petugas Kesihatan Sabah dengan dua kes.
“Manakala Kluster Kejuruteraan di Pahang, Kluster Petugas Kesihatan di Kuching Sarawak serta Kluster Flat Kampung Baru, masing-masing mencatatkan satu kes baharu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.
Sementara bagi Kluster Sri Petaling pula katanya, KKM telah membuat saringan Noor Hisham berkata, terdapat 33,557 individu dan 2,167 kes positif.
Dalam perkembangan lain, Noor Hisham menjelaskan, KKM mengesan satu kes positif baharu di Menara Plaza City One menjadikan jumlah keseluruhan kes di kawasan tersebut sebanyak 55 kes.
“Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur serta Pasar Borong Selayang yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merekodkan lima kes positif baharu.
“Ia sekaligus menjadikan jumlah kes kawasan tersebut 79 kes,” katanya. – MalaysiaGazette