Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanya cadangan oleh pakar dari China.

Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan,Dr Noor Hisham Abdullah berkata,

Beliau berkata,setakat ini penularan wabak Covid-19 belum mempunyai rawatan khusus.

“Mungkin bukan sebagai rawatan tetapi complementary untuk penyembuhan yang baik dan sebagainya.

“Memang Covid-19 tiada rawatan lagi tetapi apa yang pakar dari China sebut itu hanya cadangkan sebagai cara. Contohnya akupuntur dan herba yang mungkin boleh mempercepatkan kesembuhan dalam rawatan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai strain mutasi virus, Noor Hisham berkata, pihaknya telah meminta Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk menjalankan lebih banyak pengasingan virus mutasi Covid-19.

Jelasnya, setiap kajian yang dijalankan, kementerian akan menyalurkan maklumat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk didokumentasikan.

“Kita sekarang pada peringkat awal kajian untuk kenalpasti virus ini. Dengan penyelidikan dan kajian, ia akan membantu kita untuk mengenali virus yang baharu ini.

“Identiti virus tersebut penting untuk kita adakan kerjasama dengan negara-negara lain dibawah payuh WHO,” ujarnya.

Sebelum ini, KKM menerusi kajiannya mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast