Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan namun kawalan sempadan tetap perlu diperketatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, sehingga kini, terdapat 251 kes import direkodkan membabitkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

“Kawalan pergerakan akan ada kelonggaran, kita sedang bincang SOP (Prosedur Operasi Standard) tertentu yang semua sektor kena patuhi dan ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Berbanding dengan negara lain, apabila mereka tamatkan PKP ia termasuk kawalan sempadan (ditamatkan), kita tidak tamatkan PKP lagi malah kawalan sempadan kita perketatkan lagi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah beberapa syarikat penerbangan yang sudah memulakan operasi.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, perbincangan akhir berhubung rawatan pandemik Covid-19 antara KKM dan pasukan pakar perubatan China akan berlangsung esok.

Jelasnya, perbincangan tersebut dijangka berkisar mengenai kesihatan awam termasuk makmal dan penggunaan ubat- ubatan dengan lebih details.

“Sekurang- kurangnya mereka beri keyakinan bahawa tindakan kita telah berkesan dan kita cuba elakkan kelemahan mereka lakukan ketika memerangi wabak itu di China,” ujarnya.

Pada 18 April lalu, sepasukan pakar perubatan China tiba di Malaysia bagi berkongsi pengalaman mereka dalam memerangi pandemik itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Betul tu datuk. Kena tgk juga sempadan laut, bukan takat air travel saja. Lorong2 pati masuk semua kena ketatkan sbb kita tak mau pati dari negara luar curi2 masuk lepas pkp dah tamat utk masuk cari kerja buruh kasar.mungkin pembawa virus covid boleh terlepas masuk kot sini.

Comments are closed.