PSG dinobatkan juara Ligue 1 selepas baki perlawanan musim ini dibatalkan.

PARIS – Paris Saint Germain dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas musim ini tidak disambung berikutan penularan wabak Covid-19.

PSG mendahului liga degan 12 mata apabila lagi Perncis itu digantung pada Mac lalu dan pasukan itu hanya memerlukan satu perlawanan lagi mengesahkan kejuaraan.

PSG berkata, kelab itu mendedikasikan kejuaraan itu kepada petugas barisan hadapan memenangi Covid-19

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PSG, Al-Khelaifi menambah, pihaknya bangga dengan komitmen petugas barisan hadapan Perancis yang menyelamatkan nyawa rakyat negara itu.

“Kami juga memahami, menghormati dan menyokong segala keputusan kerajaan Perancis untuk mengakhiri liga domestik dengang mengutamakan kesihatan.

“Dalam keadaan sukar ini, saya berharap piala berkenaan akan membawa sedikit kegembiraan kepada semua termasuk penyokong kami,” katanya.

Sebelum ini badan pemantau bola sepak Perancis bercadang untuk meneruskan baki saingan liga pada 17 Jun ini.

PSG dianugerahkan gelaran liga berdasarkan mata yang dipungut.

Pasukan Amiens dan Toulouse akan disingkirkan dari Ligue 1.

Lyon yang mendudui tangga ketujuh dalam carta liga seminggu sebelum perlawanan terakhir ditangguh pada 13 Mac lalu akan mencabar keputusan itu.

Bagaimanapun Ketua Eksekutif Liga Perancis (LFP) berkata, keputusan yang diambil adalah muktamad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.