TERKINI : Mohd Uzir Mahidin Tokoh Hari Pekerja 2020 – CUEPACS

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia telah dipilih sebagai Tokoh Hari Pekerja 2020 yanag disambut hari ini.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat kepada kepada Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin atas pencapaian dan kejayaan sepanjang menerajui dan berkhidmat di jabatan terbabit selama ini.

Anugerah itu disampaikan dalam majlis penuh ringkas dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Penjarakkan Sosial yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan.