TERKINI : Rakan Gagal Ikat Jamin, Inspektor Polis Terpaksa Bermalam di Penjara Sungai Buloh

Pegawai polis berpangkat inspektor yang menghadapi lapan pertuduhan rogol dan satu kes cubaan mencabul kehormatan dua wanita Mongolia di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi tadi gagal diikat jamin hari ini.

Rentetan itu, suspek telah dibawa keluar oleh menaiki kenderaan polis dari Mahkamah Petaling Jaya untuk ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Peguambela Shah Rizal Abdul Manan mengesahkan kepada MalaysiaGazette bahawa rakan suspek yang sepatutnya hadir untuk membayar ikat jamin tertuduh berusia 30 tahun itu gagal tampil sehingga 3 petang tadi iaitu waktu terakhir untuk proses ikat jamin.

2 Komen

  1. Ada selera juga inspector ni pada ppuan mongolia yang hitam keladak tu pada hal isteri di rumah lagi menawan.

Comments are closed.