Orang ramai yang akan menggunakan kembali khidmat pengangkutan awam dinasihatkan agar mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).-Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Orang ramai yang akan menggunakan kembali khidmat pengangkutan awam dinasihatkan agar mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, mereka yang hendak menggunakan perkhidmatan tersebut perlu patuh terhadap arahan seperti melakukan penjarakan sosial di dalam pengankutan tersebut serta perlu memakai topeng hidung.

“Perkara ini telah ditekankan oleh pasukan dari China, mereka melihat dalam sistem kita dan telah pun jalankan tiga perkara untuk perhatian kita. Yang pertama pengangkutan awam dan Kementerian Kesihatan telah memutuskan SOP-SOP dengan melakukan penjarakan dalam pengangkutan tersebut

“Mereka yang menggunakan pengangkutan awam kena memakai mask dan apa yang penting mereka kena pastikan penjarakan itu dapat dipastikan ketika dalam pengkutan awam,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya hari ini.

Dalam pada itu Noor Hisham berkata, pihak telah mengeluarkan SOP pihak kementerian dan apa yang penting ketika ini ialah isu pelaksanaan oleh pihak yang terlibat.

Hari ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan mulai Isnin, semua perkhidmatan pengangkutan awam akan kembali beroperasi seperti sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac.

Menurut Ka Siong, ia berikutan keputusan kerajaan untuk membuka semula ekonomi negara secara berperingkat, dengan beberapa panduan berkaitan perkhidmatan pengangkutan awam akan dikuatkuasakan mulai 4 Mei bagi memudahkan perjalanan orang ramai ke tempat kerja dan membolehkan syarikat terbabit beroperasi dengan baik.

Bagaimanapun, semua penumpang dan kakitangan dalam perkhidmatan pengangkutan awam diingatkan agar sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KKM dari semasa ke semasa berikutan PKP masih lagi dikuatkuasakan dan belum ditamatkan, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ada MP PH bangvng yang mempertikaikan kelonggaran main badminton depan rumah dan msin golf dengan persidangan parlinen. Bayangkan bodoh ke hidam dis yu ada ke orang riadah badminton dari pagk hingga maghrib. Orang main golf th seramai ahli parlimen dan main golf siang malsm ke. Bebalnya dis. Nuat apalah jadi wakil rakyat jalau bodoh sangat.

Comments are closed.