Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan kerja-kerja pengambilan sampel Covid-19 terhadap orang awam yang pernah menghadiri ke Pasar Besar Jalan Othman bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Klinik Kesihatan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor foto HAZROL ZAINAL, 29 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Wujud kluster baharu yang dilaporkan menjangkiti 28 pesakit, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham.

Kata Noor Hisham, pihaknya masih belum dapat mengesahkan jangkitan di kawasan itu bermula dari mana.

“Kita telah jalankan siasatan dan mulanya kluster tersebut mungkin ada kaitan dengan kluster lain. Mereka yang terlibat duduk dalam satu rumah dan mungkin jangkitan daripada kluster lain.

“Mungkin ada berkaitan kluster perhimpunan Seri Petaling dan ada juga yang berkaitan dengan kluster Pasar Borong sebab ada rakan mereka kerja di Pasar Borong terbabit.

“Ada juga dikaitkan dengan kluster Kampung Baru. Jadi siasatan masih dijalankan boleh kira kaitkan dengan kluster lain,” katanya dalam sidang media di KKM, hari ini.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan di kluster itu masih kekal 28 kes.

Bagaimanapun, kluster Pasenteren, Indonesia yang mana pelajar Malaysia yang balik ke negara ini didapati meningkat sebanyak 50 kes baru menjadikan kes kumulatif sebanyak 219 kes.

Selain itu kluster Sendayan juga didapati meningkat sebanyak 17 kes menjadikan kes di kawasan itu adalah 104 kes; kluster fasa Chow Kit juga meningkat 16 kes menjadikan 28 kes kesemuanya, dua lagi kluster iaitu Persidangan Gereja bertambah satu kes menjadikan 182 kes dan kluster petugas kesihatan dengan 58 kes. – MalaysiaGazette