Datuk Seri Ti Lian Ker

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada Selasa.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan perkara itu kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman mengenai pelantikan itu pada Isnin manakala Lian Ker akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk Seri Tiong King Sing sebelum ini menolak jawatan itu dan beliau kemudian dilantik sebagai Duta Khas ke China.

Dengan pelantikan Lian Ker, MCA kini mengisi satu jawatan menteri dan empat jawatan timbalan menteri. – MalaysiaGazette