TERKINI : Pergerakan Merentasi Negeri Perlu Muat Naik Aplikasi Gerak Malaysia – PDRM

Orang ramai yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia untuk melakukan diminta melakukan perjalanan bermula 7 Mei ini mengikut jadual perjalanan yang disyaratkan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, arahan ini adalah ditujukan kepada 503, 276 orang yang mengemukakan permohonan untuk pergerakan antara negeri.

Beliau berkata, perjalanan itu bermula 7 hingga 10 Mei ini mengikut hari dan negeri yang telah ditetapkan.