TERKINI : Wabak Covid19 Masih Wujud – Ketua Pengarah Kesihatan

Risiko penularan wabak Covid-19 secara mendadak di negara ini masih wujud jika orang ramai lalai dalam mengamalkan normal baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kerjasama dan komitmen daripada semua lapisan masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing adalah sangat penting bagi memastikan wabak itu berjaya ditewaskan.

“KKM (Kementerian Kesihatan) ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pandemik COVID-19 ini belum berakhir.