KUALA LUMPUR – Berikut adalah luahan rasa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat terhadap tragedi yang menimpa Allahyarham Safwan Muhammad Ismail, 31. ketika bertugas di sekatan jalan raya Op Covid

Allahyarham, Safwan Muhammad Ismail. 31, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan dilanggar pemandu dipercayai mabuk di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS kelmarin.

Salam para Pejuang Pejuang Sang Saka Biru..

Saya diarahkan oleh YDH KP Selangor untuk mengiringi jenazah anggota kita yang terkorban semasa menjalankan tugas Op Covid di Kajang.

4/5/2020.. lebih kurang jam 2.30 pagi, setelah semua prosedur di KKM diselesaikan, saya bersama konvoi meninggalkan Hospital Serdang mengiringi jenazah untuk ke tapak persemadian di Perak.

Lebih kurang jam 5.30 pagi kami sampai di Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak. Sebagaimana biasa, berlandaskan esprit de corps pasukan sahabat daripada IPK Perak sedia menunggu menghulurkan segala bantuan.

Apabila tiba di tanah perkuburan hati saya mula rasa sarat melihat keluarga dan adik adik arwah sudah sedia menunggu.. Bapa kepada arwah.. Sarjan bersara Mohd Ismail, (Ex VAT69) juga ada disitu..

Tuan tuan dan puan puan ada anak..
Saya ada anak.
Kita semua ada anak..
Dan ini anak dia..

Masa van jenazah sampai beliau minta kebenaran utk menatap wajah anaknya yg telah kaku…
Untuk makluman, bapa arwah hanya dapat menunggu di Tanjung Rambutan kerana tidak dapat bersama di Hospital Serdang atas sebab kesihatan. Jenazah dah siap kafan di Hospital Serdang..

Sebagai seorang bekas anggota, amat tertib cara beliau bila berckp dengan pegawai atasan..
Dia dah sakit, tapi digagahnya juga untuk berckp sebagai seorang anggota yang meminta izin kpd pegawainya..

Saya benarkan..

Menitik air mata saya bila melihat beliau mengusap wajah jenazah anak beliau sambil bertasbih menguatkan semangatnya sendiri..

Sumpah ..memang sebak betul..

Di samping itu saya tak tahu apa bauran rasa yang ada dalam diri beliau semasa saya serahkan Panji Sang Saka Biru…

Dibawah panji itulah beliau membesarkan 9 orang anak nya.. dan di bawah panji itu jugalah seorang anaknya dikembalikan kpd Allah Azzawajalla..

Allahyarham Safwan Muhammad smail.

Tetapi.. beliau masih lagi mendakap panji pasukan yang saya sampaikan dengan wajah yang berjuta rasa tu..

Akhirnya jenazah dikebumikan sewaktu azan subuh mula dilaungkan.. satu demi satu wajah bapa, ibu dan lapan orang adik beradik yg duduk dalam jarak sosial distancing saya perhatikan.. wajah mereka masing masing menceritakan berjuta sayang dan rindu mereka kepada arwah..

Arwah kini menjadi satu bukti lakaran kesetiaan tugas kita kepada negara.. apa lagi bukti yang perlu dijadikan jika nyawa yang menjadi galang gantinya ?

Beliau anggota biasa.. tetapi kematiannya luar biasa.. ketika ada antara kita yg sedang lena bersama keluarga.. sedang arwah di medan menjemput mara..

Kepada arwah.. kita sedekahkan bacaan Surah Al Fatihah.. semoga tenang dan damai disana dalam pelukan rahmat Allah swt.. dan semoga diterima sebagai seorang syuhada..

Kepada semua Pejuang Pejuang Sang Saka Biru..
Kalau bukan kita siapa lagi..

Datuk Fadzil Ahmat

— Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor

4/5/2020

2 Komen

  1. Aaamin Yra… Semoga dikurniakn keampunan dn syahid oleh ALLAH SWT…..untuk arwah!

Comments are closed.