KKM hari memaklumkan bahawa dua daerah keluar daripada zon merah aktif kebolehjangkitan Covid-19 semalam.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari memaklumkan bahawa dua daerah keluar daripada zon merah aktif kebolehjangkitan Covid-19 semalam.

Antaranya daerah Petaling yang mencatatkan sejumlah 39 kes positif Covid-19, pada Ahad.

Daerah itu pada Sabtu menunjukkan peningkatan 5 kes positif Covid-19 kepada 48 kes bagaimanapun turun sembilan kes.

Johor Bahru pula menunjukkan situasi sama apabila mencatatkan 37 kes positif, juga pada Ahad.

Daerah itu sebelum ini mencatatkan 46 kes pada Sabtu.

Jumlah itu menjadikan zon merah aktif Covid-19 tinggal 9 zon dimana Lembah Pantai masih mencatatkan kes terbanyak dengan 221 kes berbanding 263 kes pada Sabtu.

Ia membabitkan penurunan 42 kes positif Covid-19.

Kuching (131 kes), Kepong (96 kes), Titiwangsa (95 kes), Gombak (87 kes), Kluang (67 kes), Hulu Langat (48 kes) dan Kota Samarahan (47 kes).

Dalam pada itu, daerah Seremban yang sebelum ini berada di zon kuning kembali diisytihar sebagai zon merah selepas kes aktif di daerah itu meningkat sehingga 45 kes.

Data CPRC Kebangsaan turut merekodkan 62 daerah diletakkan di bawah zon kuning.

Keseluruhan daerah di Melaka masing-masing berada di bawah zon kuning dengan bilangan kes antara satu hingga 40 kes.

Tertinggi adalah di daerah Jasin dengan 12 kes, dan masing-masing lima kes di Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Sementara itu, sebanyak 86 daerah seluruh negara diletakkan di bawah zon hijau iaitu sifar kes aktif.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 6,298 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

Sehingga kini, hanya 1,780 pesakit masih dirawat di hospital ekoran positif Covid-19. -MalaysiaGazette