PUTRAJAYA – Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan mulai hari ini, pusat-pusat beli-belah mula hidup kembali.

Tinjauan MalaysiaGazette di pusat beli-belah di Alamanda di sini mendapati pengunjung mula membanjiri pusat beli-belah ini mula jam 12 tengahari tadi.

Rata-rata semua premis perniagaan sudah dibuka antaranya premis pakaian, kedai emas, dan makanan dan perniagaan telekomunikasi.

Bagaimanapun kedai alat telekomunikasi masih belum dibuka.

Prosedur Operasi Standard (SOP) pembukaan premis perniagaan juga dilihat diamalkan oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah ini antaranya semua pengunjung diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung sebelum memasuki premis.

Malah pengujung juga dikehendaki menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengekalkan penjarakan sosial selain setiap pergerakan masuk dan keluar akan diawasi oleh para pengawal.

Para pengawal pusat membeli-belah ini turut ditempatkan di setiap pintu masuk dengan dibekalkan cecair pembasmi kuman dan alat semak suhu badan.

Sebelum ini hanya pasar raya sahaja dibenarkan beroperasi di sini sepanjang PKP diperkenalkan.

Dalam pada itu, situasi jalanraya di pusat pentadbiran Putrajaya mendapati laluan di kawasan sekitar disini masih lancar.

Tiada kesesakan dilihat di jalan-jalan utama sekitar Putrajaya selain ada beberapa kenderaan sahaja yang lalu lalang di sekitar Putrajaya.

PKPB dilaksanakan bermula hari ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast