Alexis Sanchez

MILAN – Pemain Manchester United yang dibelenggu masa depan yang suram, Alexis Sanchez didakwa mahu kembali ke negara asalnya, Chile sekali gus menamatkan karier di sana.

Presiden Universidad de Chile, Jose Luis Navarrete mendedahkan dia telah berbual dengan Sanchez yang merupakan peminat kelab itu.

“Dia berhasrat untuk bersara dengan bermain buat kelab ini. Sanchez antara pemian yang saya idamkan tapi anda perlu realistik. Senario ekonomi tidak bagus, ia bergantung kepada berapa banyak yang mereka sedia korbankan untuk datang ke Universidad de Chile,” katanya kepada DirecTV.

Sanchez ketika ini dipinjamkan ke Inter Milan namun musimnya di Itali terganggu akibat kecederaan.

Bekas tonggak Gunners itu hanya menjaringkan satu gol dalam 15 penampilan buat skuad kendalian Antonio Conte dan ia tampak tidak cukup meyakinkan bos kelab itu untuk terus membelinya.

Selain kembali ke Old Trafford, destinasi seterusnya pemain itu mungkin ke Amerika Selatan.

Sanchez tidak bermain di kelab negaranya sejak dia meninggalkan Cobreloa pada tahun 2006.

Sanchez menerima bayaran lumayan di United yang dianggarkan sekitar £505,000 (RM2.73 juta) seminggu dan dia perlu memotong gaji berkenaan jika mahu pulang ke kelab lamanya itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast