TERKINI : KKM Kesan Kluster Taman BDC Kuching – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baru iaitu kluster Taman BDC, di Kuching, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, ia melibatkan sejumlah 37 kes dengan ada daripadanya terlibat dalam perhimpunan Tabligh (Sri Petaling).

“Indeks ini meliputi ahli keluarga, masjid dan rakan sekerja dengan melibatkan tiga generasi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeraiannya di dini hari ini. Bagaimanapun, Noor Hisham berkata, tida pertambahan kes positif Covid-19 pada kluster yang lain.