Pemantauan Nik Ezanee di pasar segar di Kayu Ara Damansara, bersama pasukannya menerapkan konsep didik dan nasihat memastikan orang ramai mematuhi penjarakan sosial ketika berada di luar.

PETALING JAYA – Berbanding tangkap dan menghukum sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac hingga 3 Mei lalu, polis bermula semalam mengambil pendekatan berbeza.

Kali ini mereka mengamalkan pendekatan mendidik dan menasihati komuniti supaya mematuhi penjarakan sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, menasihat orang ramaiĀ  diambil memandangkan bermulanya norma baharu bersosial sejak semalam menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, sejak semalam, lebih 50 tempat telah dironda melibatkan pusat-pusat komersial, perniagaan dan premis-premis pasar raya besar dan pasar basah di daerah tersebut.

“Pagi tadi, kita teruskan rondaan pemantauan mensasarkan kawasan komersial dan perniagaan untuk memastikan orang ramai yang mula keluar berurusan sentiasa mematuhi penjarakan sosial yang selamat.

“Segala sekatan jalan raya sudah ditutup termasuk satu lagi di PJ Selatan malam ini. Sekarang norma baharu bermula sejak semalam dan kena lihat apa pendekatan sesuai jadi kita ambil pendekatan didik dan nasihat selain menjalin kerjasama dengan semua pengusaha tempatan di daerah ini.

“Setiap kali turun memantau dan sebarang kecuaian dari segi pematuhan penjarakan sosial dan sebarang SOP kesihatan yang mana kami nasihat mereka dan hari ini kita fokus ke kawasan-kawasan perumahan golongan berpendapatan rendah,” katanya sidang media sebelum rondaan dan pemantauan Warn and Sweep di Ara Damansara hari ini.

Nik Ezanee memeriksa salah sebuah kedai runcit di perumahan kos rendah di Ar damansara memastikan orang ramai mematuhi SOP kesihatan khususnya memakai topeng dan amalkan penjarakan sosial sepanjang PKPB mulai semalam.

Untuk rondaan hari ini, kata Nik Ezanee, sebanyak 57 pegawai dan anggota terlibat membuat rondaan dan beliau juga mengesahkan sejak 18 Mac lalu hingga kini sebanyak 90 peratus msyarakat mematuhi PKP.

Beliau mengakui pemantauan mendapati kebanyakan mematuhi SOP kesihatan termasuk memakai topeng hidung dan mulut selain mahu memberi tumpuan di kawasan kurang tumpuan khususnya di Kayu Ara Damansara yang mana pendatang asing ramai.

“Kita akan memantau kawasan perumahan yang memerlukan kita perlu naik ke setiap tingkat rumah flat kita akan laksanakan dan majoriti masih kekalkan penjarakan sosial kecuali sebilangan kecil tidak dapat menjawab polis apabila ditanya ketiadaan penjarakan sosial ketika berada di luar.

“Bagaimanapun, sejak 18 Mac sehingga kini keseluruhan 90 peratus pematuhan PKP walaupun jumlah kenderaan 50 peratus dah bertambah sejak semalam.

“Dan di kawasan perumahan flat Kayu Ara Damansara ini selalu orang suka bebas bergerak dan berkumpul di bawah dan apabila dengan siren peronda polis tadi semua sudah cabut lari masuk rumah, jadi penting untuk kami didik dan nasihat mereka mengelak berbuat demikian,” ujarnya.- MalaysiaGazette