Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

KUALA LUMPUR – Polis telah berjaya menahan 11 pekerja asing di tapak pembinaan Pavilion Embassy yang dilaporkan melarikan diri selepas melakukan ujian saringan.

Mereka juga telah disahkan negatif Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, enam telah ditahan kelmarin manakala lima lagi berjaya diberkas hari ini.

Mereka adalah sebahagia daripada 145 pekerja asing yang melarikan diri daripada pusat kuarantin, katanya dalam sidang media perkembangan Gerak Malaysia merentasi negeri di Dewan Theatrette Bukit Aman hari ini.

Sementara itu ditanya dakwaan bahawa pasukan Kementerian Kesihatan pergi ke tapak pembinaan itu tanpa diiringi pihak polis untuk melakukan saringan, Huzir berkata, pihaknya akan menyemak perkara tersebut.

“Kita kena semak dulu, sudah tentu persediaan dibuat lebih awal. Perlu ketatkan lagi tindakan dalam saringan selepas ini,” tegasnya.

Sebelum ini difahamkan kumpulan pekerja asing itu melarikan diri selepas melakukan saringan Covid-19 dan ketika itu anggota polis dikatakan dalam perjalanan untuk membuat sekatan di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara berkata, terdapat sekitar 400 pekerja di tapak pembinaan Pavilion Embassy yang dikenakan perintah kawalan pergerakan disasarkan semalam yang mana majoritinya warga asing.

Malah, seramai 28 pekerja asing yang disahkan positif Covid-19 dihantar ke hospital dan selebihnya menjalani kuarantin ketat di sebuah hotel.

Berhubung laporan polis oleh Kementerian Kesihatan terhadap viral lima pegawai kemetenterian itu termasuk di pejabat menteri, katanya, kertas siasatan telah dibuka  namun tiada sebarang tangkapan setakat ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. “Malah, seramai 28 pekerja asing yang disahkan positif Covid-19 dihantar ke hospital dan selebihnya menjalani kuarantin ketat di sebuah hotel”

    Fuh.. untung la ko wak dpt dduk dlm hotel

Comments are closed.