Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Jumlah kes pulih terus mengatasi kes baharu Covid-19 pada hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, sejumlah 74 kes pulih dan telah discaj daripada hospital menjadi jumlah keseluruhan adalah 4,776 kes.

“Sebanyak 39 kes baharu telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,584 kes. Daripada 39 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan.

“Ini bermakna kes penularan tempatam adalah sebanyak 38 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak lapan telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam sidang media harian di KKM hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham merakamkan penghargaan kepada penganut agama Buddha yang menyambut Hari Wesak hari ini dalam suasana norma baharu.

Lazimnya jelas beliau, penganut ajaran itu akan menggunakan kuil Buddha bersama-sama keluarga pada waktu pagi untuk upacara keagamaan.

“Waktu perhimpunan secara besar- besaran dan aktiviti kunjung-tidak dibenarkan pada waktu sekarang, namun begitu sambutan Hari Wesak pada kali ini masih boleh diraikan dengan norma dan kelaziman baru.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih perlu dipatuhi, penjarakan sosial sekurang jarak satu meter dari orang lain dan tidak ada atau tidak disambut secara beramai-ramai,” katanya. – MalaysiaGazette