Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Hari ini tular satu surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memohon satu usul bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Surat tersebut bertarikh 1 Mei 2020 daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggunakan kepala surat Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ahli Dewan Rakyat Kawasan P.189 Semporna, Sabah.

Usul tersebut dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) yang dibaca bersama 27(3) dan turut disebut ia tidak bertentangan dengan perkara 43 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa melantik seorang perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong sebaliknya ia bertujuan menzahirkan perkara itu kepada Dewan Rakyat dan juga rakyat.

Mohamad Ariff ketika dihubungi MalayMail mengesahkan surat tersebut adalah tulen dan memberitahu satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung isu tersebut.

Dewan Rakyat akan bersidang sehari iaitu pada 18 Mei ini bagi membincangkan Rang Undang-Undang dan Usul Urusan Kerajaan sahaja. berikutan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, tiada sesi pertanyaan jawab lisan di bawah Peraturan Mesyuarat 22(2) dan 22(5). – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. checkmate dulu kedah. gomen masuk usul yg tak payah undi apa2, berlalu lah sehari yg ada. AGM Bersatu susun , tengok sape kena susun.

  2. Gila talak! hari tu tak ada ribut tak de hujan Medey letak jawatan..laaaa ni nak rujuk balik??? Menyusahkan rakyat jer..Si Pie bodoh ni ko bawak undi…kalau Muhyidin kalah pun tak de peruntukan kata dia boleh serah jawatan kat Medey..yg ada ialah Muhyidin mohon Agong bubarkan parlimen…masa tu baru ko tau langit tinggi rendah…bodoh gila talak!

Comments are closed.